PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 2

 

KAMI WARGA SEKOLAH INI DENGAN PENUH ILTIZAM, BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI KEPADA

 

 MURID

-          Memastikan kecemerlangan akademik dalam peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman sekolah

-          Memastikan murid belajar dalam suasana yang kondusif

-          Memastikan pembangunan kerohanian, kebajikan dan keselamatan murid diutamakan

-          Memastikan semua murid mendapat pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti mengikut jadual waktu yang ditetapkan

-          Memastikan semua hasil kerja murid disemak dengan teliti dalam jangka waktu yang ditetapkan

-          Melahirkan murid yang berilmu, beriman, berakhlak, kreatif dan inovatif demi kesejahteraan diri dan Negara

-          Melahirkan murid yang berkualiti dan bersepadu dari segi akademik, kemahiran insaniah dan bina  insan, serta memiliki daya tahan dan daya juang yang tinggi.

-          Memberi khidmat kaunseling kepada murid yang bermasalah dan mencari jalan penyelesaian yang dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid

-           Mencapai 6 Aspirasi Murid mengikut PPPM 2013-2025

 

 GURU DAN AKP 

-          Bertugas sebagai pendidik dan pembimbing kepada anak didik dengan penuh mesra dan bertanggungjawab

-          Memastikan pengagihan waktu PdPc yang seimbang dari mengikut opsyen

-          Memastikan setiap guru dan AKP mendapat peluang latihan sekurang-kurangnya 42 jam kredit atau 5 @7 hari setahun untuk meningkatkan profesionalisme mereka 

-          Memastikan guru dan AKP yang baru bertugas menerima bayaran gaji dalam tempoh sebulan selepas pendaftaran masuk.

-           Memastikan agihan tugas diberi secara adil dan seimbang

-           Menyediakan guru dan AKP yang dedikasi, prihatin, sedia membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah, ibubapa dan komuniti 

-          Menyediakan kemudahan dan persekitaran tempat kerja yang kondusif dengan mengutamakan hal kebajikan mereka 

-          Mencapai 9 Bidang Keutamaan mengikut PPPM 2013-2025

 

 IBUBAPA/PENJAGA DAN PELAWAT  

-          Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra pelanggan

-           Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan guru, murid, ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam urusan pendidikan sepanjang hayat

-           Memastikan segala aduan daripada ibu bapa/penjaga mendapat layanan segera

-          Memastikan laporan kemajuan murid disampaikan kepada ibu bapa/penjaga selepas penilaian Pertengahan Tahun dan Penilaian Akhir Tahun

-           Mencapai 11 Anjakan Transformasi Sistem mengikut PPPM 2013-2025

 

PEMEGANG TARUH 

-          Memastikan segala laporan dihantar ke KPM, JPN, PPD sebelum atau pada masa yang ditetapkan

-          Memastikan segala urusan surat menyurat dengan KPM, JPN, PPD diambil tindakan dalam tempoh 7 hari 

-          Memastikan program kecemerlangan akademik, kemahiran insaniah dan bina insan yang diarahkan  oleh KPM, JPN, PPD dilaksanakan dengan jayanya 

-          Mencapai 5 Aspirasi Sistem mengikut PPPM 2013-2025

Comments