SEJARAH PENUBUHAN SURAU AR-RAYYAN

 

Surau Ar-Rayyan dibina pada akhir tahun 2000 dan siap pada tahun 2001. Pengetua yang menjayakan pembinaan surau ini ialah En.Ismail bin Darus merupakan pengetua yang ke-10 di Sekolah Menengah (lktp) Jengka 2. Surau ini terbina dengan adanya para penyumbang daripada pihak PIBG iaitu sebanyak RM 17000, sumbangan daripada Lembaga Kemajuan Wilyah Jengka (LKWJ)  sebanyak RM55000 dan sumbangan daripada Yang Berhormat Datuk Abdullah RM3000. Menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan ialah RM 75000.

Kontraktor yang membina surau ini ialah Syarikat Nawi Saudagar Kampung Jengka 2. Tapak surau Ar-Rayyan ini sebelum ini adalah tapak pertanian yang diusahakan oleh Subjek Sains Pertanian. Tapak surau selain daripada menjadi tapak pertanian ia juga mempunyai sejarahnya tersendiri. Pada tahun 1979,  “Menurut Tuan Haji Ibrahim Mohamad, pengetua pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 sebuah kapal terbang kecil milik Felda telah jatuh di koridor  tingkat dua bangunan blok B pada 19 Januari 1979. Ketika itu beliau berada di Bilik pengetua dan mendengar dentuman kuat objek yang tidak diketahui jatuh di atas bangunan sekolah. Beliau  telah membuat laporan dan menuntut ganti rugi daripada pihak pengurusan Felda.” 

Nama surau Ar-Rayyan diberikan oleh pengetua yang ke -15 Hajah Saimah binti Hasan pada tahun 2016-2020. Kapasiti surau Ar-Rayyan boleh memuatkan seramai 300 orang. 

Comments